aku tadi gi la beli belah untuk saat saat akhir nieh, this year aku tak beli kasut raya. baju kurung aku ada 2, jeans, t-shirts dengan selendang. compare dengan tahu lepas aku just ade baju kurung, tudung dengan kasut raya sahaja. ok la kan? ayah make up for last year.
dekat dekat dengan raya nieh la aku akan jadi sangat rindu dekat tok dengan tokki aku. aku cucu kesayangan kowt. serious aku tak tipu. umi, kak long ngan sedare aku semua cakap macam uh. aku rindu nak tengok rumah tok uh pintu dia terbuka sambut kitorang sampai dari selangor. aku nak tok yang bukak kan pintu untuk kitorang, pastu terus tok peluk kitorang up tight. pastu gi dekat tokki salam dengan peluk tokki since tokki ade stroke. pastu makan la ape yang ade dekat rumah. biasanya lauk yg left over masa tok berbuka. pastu bila lepas solat isya' semua bentang tilam depan tv dekat atas. aku as usual tido sebelah tok kak long sebelah aku, adek, dd pastu umi dgn ayah.
walaweyhhh. lamanye aku tak rasa macam tuhhhh!! weyh. aku da nk hujan da nieh.
ya ALLAH! rindunya aku dekat merekaaa.
tadi kitorang gi umah tok. sunyi sepi. tingkap tertutup, dalam dia berhabuk, lantai da covered dengan dusts sebab ayah ngoh da lama tak bersihkan. yeah laa. pak ngan aku tuh da tua. u will not expect him or his wife bersihkan rumah besar tuh. kenapa aku tak duduk je situ? hurmmm. ayah cakap duduk je rumah sewa dia dekat terengganu nieh. semua ada. we dont have to sapu mop or lap debu before tido.
seriously aku rindu dorang. korang yang baca entry nieh tolong sedekahkan al-fatihah untuk dorang eh? seriously aku tak nak korang rasa apa yang aku tengah rasa sekarang nieh. rindu dekat orang jauh. jauh nunnn di sana and korang akan berharap untuk jumpa even dalam mimpi je. tu pun kalau mimpi.
erkk.. macam da jauh je aku tersasar dari cerita asal. haha.
neway, happy eid mubarak!
Selamat Hari Raya Eidulfitri. maaf kalau ada salah silap.
No comments:
Post a Comment