Tuesday, May 31, 2011

Time change. so do People

owkeyh dear readers. harap korang boleh baca sahaja. i repeat BACA SAHAJA. no copy no share please. kalau tak cerita ini akan di tutup semula. terimakasih! :)

1.
“Mana pulak Pacik nieh? tak online lagi ke malam nie?” tanpa sedar Adura bermonolog sendirian sambil matanya menatap penuh khusyuk lappy nya itu.
“Kau kenape Dura? Pacik Syarill ko tak online lagi ke hari nie?” tanya Ella. Teman sebiliknya.
Pacik Syarill a.k.a Syarill Fallah Abdul Halim merupakan salah seorang kawannya di salah sebuah laman social yang terkenal itu, apa lagi kalau bukan Facebook.
“A’ah. Da dua hari aku tunggu dia online tapi tak online pon.” Balas Adura perlahan. Biasanya selepas Isya’ pasti ‘Pacik’ nya itu akan meng’online’kan Facebook dan Yahoo Messenger. Namun tidak pada dua hari yang lepas. Perasaan risau di dalam dirinya tidak mampu di kawal lagi.
“Lepak sudahh. Kalau dia online gaya dia tegur kau je. Aku tahu la Dura. Kau je kan yang selalu tegur dia dulu. Mamat ego macam tuh pun ko nak ke?” balas Ella. Ella sememangnya seorang rakan yang sangat memahani dirinya. Semua cerita mengenai Paciknya itu diceritakan kepada kawannya itu.
Adura hanya mengangkat bahu dan tidak membalas kata-kata Ella sebentar tadi. Dia tahu Ella tidak mahu dia bersedih. Walaupun kadang-kadang kata-kata nya itu agak kasar dan pedas, namun Ella sebenarnya seorang yang baik hati.
“Ko da confess ke? dia tahu ke yang kau suka dekat dia? dont worry la, I’m sure kejap lagi pacik kau online la tuh okey?” pujuk Ella. Sudah hampir 5 tahun kawannya itu memendam rasa. Kadang-kadang dia sendiri kesihan melihat kawan baiknya itu, memendam sangat.
Adura hanya menggeleng. ‘Thought so’ kata Ella di dalam hati. Adura. Kawan baiknya sejak di tingkatan dua lagi sehingga sekarang, dah anak habis diploma dah. Tetap sama. Ego mengalahkan Gunung Himalaya. Ego konkrit.
Bagi Adura pula. Walau dia eager macam mana pun, ego tetap ego. Syarill tu da la pandai, good looking, agama boleh tahan, smart kemas. Senang cerita memang memenuhi kretiria lelaki idamannyalah. Namun, kerana ramai sangat kawan perempuan lelaki itu, dia tekad untuk mendiamkan diri sahaja dan memendamkan sahaja perasaannya itu. Lagi pun dia takut sekiranya persahabatan yang terjalin ini akan musnah sekiranya dia meluahkan perasaannya itu.
“Hurmm.. Bijak sangat la tuh. Da la Dura. Daripada kau tunggu Pacik kau tuh baik kau terima je si Aliff tuh. Kaya pun kaya. Hensem xyah cakap laa. Everybody knows. Belajar dekat UK. Senang cerita perfect laa. ko tak nak?” Tanya Ella serkap jarang. Bukan dia saja-saja je nak market kan Aliff depan Adura ni. Dia tahu Adura tak suka namun Aliff yang beria sangat menyuruh dia memujuk Adura untuk menerimanya sedangkan dia sendiri tahu akan jawapan Adura.
“Ella pleaseee. Kau tahu kan Aliff tuh cam mana. Tak sayang kawan ape. Buaya tembaga nak bagi dekat kawan kau yang comel nih?” kata Adura sambil tergelak. Bukan dia boleh paksa diri dia terima Aliff. Memang tak boleh nak buat macam mana. buaya darat dekat UK tuh. Semua orang tahu. Sejak dari sekolah sampai dah nak abis diploma kata Ella perangai cam tuh jugak. Ella hanya menggelengkan kepalanya.
“Aku tak kisah la sebenarnya. Ermmm tapi kisah sikit. Bagi aku laa, bila dia online tu maknanya dia sihat la tuh.tu pun da cukup bagi aku.” Jawab Adura tenang. Matanya masih tidak melepaskan lappy di hadapannya itu.
“Kenapa tak message je?”
“Aku mane ada nombor dia sayang. Kau pun tahukan, dia ramai sangat la orang yang suka sampai kadang-kadang aku rasa tak setanding dengan all those girls. Lagipun aku pernah tanya.’Pacik tak nak cari makwe ke’ dia cakap dia nak belajar betul-betul dulu, ada kerja tetap, ada kereta, ada rumah baru nak fikir pasal benda-benda cam nieh. So maknanya for this time being dia tak kan ada makwe. Tapi tak tahu la. Masa pun berubah tak kan manusia tak berubah. To me its ok la kan sebab dia ada perancangan masa depan. Untung siapa dapat jadi isteri dia nanti.”
Kata-kata yang terkeluar dari mulut Adura terasa sangat ikhlas di pendengaran Ella. Muka Adura nampak tenang apabila menuturkan kata-kata tersebut. Ella hanya memandang Adura yang sedang khusyuk memandang screen lappy nya itu.
“I hope you are happy with what you’re doing now. Kau tahu kan aku sayang kau and I just wanna you to be happy. I don’t want you to be kecewa on the other day because of a guy. You are my BFF and will always be” Pujuk Ella lagi sambil tangan nya menepuk lembut di bahu Adura.
“Thanks BFF. I know what I am doing. Don’t worry ok?” Sambut Adura. Terharu rasanya apabila mendengar kata-kata Ella sebentar tadi.
2.
Syarill: Alhamdulillah sihat je. Dura?
Durra: ok jgk. Pacik da lame on9?
Syarill: baru je. Ni pon kejap je. Y?
Durra: xla. Dura nk tanyer something bole x? N promise me that u won’t b angry and Dura jatuhkan hukum wajib jawab soalan nieh. agree?
Syarill: go ahead.
Durra: ermm. Will u still be frend with this person kalu dy suka dkat pacik and anggap pacik more than just a frend?
After a moment..
Syarill: yes why not. As long as die layan pacik cm kawan die.
Duraa: laaa.tu je? Elaborate la ckit.
Syarill: hahaha. da cm karangan. Of cos la pacik kawan dgn die. Xkn la xnk kwn plak.
Durra: owhh. Da tuh pacik xnk suka dy?
Syarill: laaa. Kalu da 20 org ske pacik pacik kne suka 20 org la eh?
Durra: betol gak eh? Ok. Pacik da mkn?
Syarill: hahaha.soalan xde kene mengene lansong.
Nampaknye tak boleh confess lagi la niehh. Adura bermonolog sendirian sewaktu mereka sedang chat di facebook. ‘but it’s ok. At least we’re still friends’. Tanpa di sedarinya 1 keluhan berat keluar dari mulut comel itu.
Ella yang sedari tadi khusyuk menyiapkan homework di sebelahnya berpaling apabila mendengar keluhan itu.
“FAR da siap?” Tanya Ella
Adura hanya mengangguk. Matanya masih di screen lappy kesayangannya itu.
“pinjam jap.aku tak dapat soalan 5. Dari tadi buat tak balance.”
“ambil la dekat rak tuh. Aku nak mandi jap” Balas Adura sambil menutup lappy-nya dan menuju ke pintu bersama alatan mandiannya.
3.
“ Wahh leganya dah habis paper.” Kata Ella girang. Bukan Ella je tapi satu dewan peperiksaa menjerit kegembiraan. Biasa laaa. Da habis tempoh penyiksaan bagi semesta ini.
“ Agak la kalu tak menghadap je aku dekat meja tuh.” Sambut Apmea.
Apmea merupakan rakan sekelas mereka. Begitu juga dengan Imtiaz.
“Kau macam mana Dura? Mesti hebat kan?” kata Apmea
“Hebat la sangat. Susah la gak kot soalan tadi. Kau la hebat. Kau dengan Im la yang mantap bab-bab Tax nih. Aku tak la hebat macam korang” kata Adura pula
“Banyak la kau hebat aku Tax. Cukup-cukup makan sudah. Mea la hebat.”
Ujar Imtiaz a.k.a Im.
“Dah-dah. Aku paling hebat. Puas? Da semua tak nak ngaku bijak. Konon low profile la tuh. Nanti result keluar korang nya jugak la paling mantap.” Kata Ella tak mahu kalah.
“Ok debator da bising tuhhh. Makan jom? Ayah aku dating pukul 4. Lambat lagi”
Kata Im.
“Sounds good. Jom la kawan-kawan. Last time kita makan sama-sama before cuti sem.” Ajak Adura pula.
“Aku on je. Dekat mana? Cafe ke khemah?” Tanya Apmea
“Of cos la khemah!” jawab Imtiaz, Adura dan E lla serentak.
Kemudian mereka ketawa gembira sebelum melangkah ke tempat yang dimaksudkan.
Mereka menjamu selera sambil berbincang mengenai perancangan masa cuti semester nanti. Hurmmm. Nak buat apa yeaaa...
“Aku macam Ella jugak. Duk rumah jadi orang gaji terhormat. Tapi tak macam Ella laa.dia dok rumah membesarkan badan.haha” kata Adura disambut gelak oleh semua.
“Banyak la aku membesarkan badan. Aku rest je laa. Nak buat apa aja? Semua nya da bibik buat. So aku relax je laaa. Ko Mea?”
“I thought of nak kerja.” Jawab Apmea
“Dekat cafe tu jugak ke?” Tanya Imtiaz
“ Seharusnya laaa. Buah hati aku punya kan” jawab Apmea pula
“Buah hati kau punya bapak punya ok” celah Ella.
“Sama la tuh. Nanti dia punya jugak.” Jawab Apmea pantas. Yang lain hanya menggeleng kan kepala. Ella dengan Apmea ni kalau da berjumpa begini lah gayanya. Bergado je. Tapi tak la gado teruk-teruk tuh. Gadoh manja sudaaaa.
“Ko Im?” Tanya Dura pula.
“Hentah. Aku pun tak tahu lagi. Keluar jom cuti nanti?” tiba-tiba idea itu terlintas di benak Imtiaz.
Adura dan Ella hanya mengangguk. “On je. Mid eh?” sambut Dura
“Set. Kau nak join tak Mea?” Tanya Ella.
“ Aku ok je tapi plan baik punya ehh. Aku kene apply cuti kalau aku kerja” jawab Apmea.
“Set eh?” Tanya Imtiaz untuk conformation.
“Kompem!” jawab Ella, Dura dan Apmea bersemangat.
Masib baik mereka datang dari negeri yang sama iaitu Selangor, so tiada masalah untuk hang out bersama.
4.
Durra: Pacik nieh cm biscuit laa
Syarill: biscuit? Y?
Durra: yea la. Kejap on9 kejap tak. Da tuh bile on9 kejap plak tuh. Nak borak panjang2 pown susah.
Syarill: haha.yea la. Wat pe nk on9 lelame. Bukan ade pape pown.
‘bukan ada apa-apa pun dia cakap?’ bisik Adura sendirian. Terkilan. ‘Sah la Dura kau tak mendatangkan apa-apa makna pun dekat dia. You are just an ondinary girl like others yang terhegeh-hegeh nak dekat dia. Apa lagi Duraa. Back off girl.’ Bisik hatinya lagi. Walaupun terasa hati dengan ayat Pacik Syarill nya itu namun dia tetap menekan keypad lappy nya itu.
Durra: owhhh. Yea ke? Ehh sorry la gtg. Take care! ^_^
Syarill: ok. U too.
‘Gosh!gosh! Duraa!! Nampak sangat kau selama nieh kau yang terhegeh-hegeh nak dekat dia. Dia tak ada papa pun Duraaaaa!!!!’ kata Dura sendirian. Terasa panas mata nya ketika itu. Tiba-tiba dia teringat akan janjinya dengan Apmea, Ella dan Imtiaz.
Durra: pacik! Pacik!!
Syarill: yes?
Durra: next week free tak?
Syarill: y?
Durra: free x? Kua jum?
Syarill: tak tahu lagi laaa. Nnt pacik bgtaw.
Durra: alaaaa. When?
Syarill: gimme ur number.
Durra: yi???
Syarill: bg la pacik no dura nnt pacik miscall.
Durra: dura pkai celcom taw.
Syarill: pacik pun. Cepat laa
Durra: ok. 013-25xxxxx
Syarill: ok. Jap.
Tiba-tiba Samsung Corby Pro milik Dura berbunyi.
Syarill: da. Td pacik da miscall.
Durra: owhh ok. Gtg. Take care.
‘Dura!!!!!what had you done? Gosh. You just give your phone number to him and the most important is he missed call you back!!! Wahhh!!!’ monolog Dura sendirian.
“Yayyy!!!” jerit Dura kuat.
Ella yang sedang enak dibuai mimpi tegak 90o
“Kau pahal?” Tanya Ella kasar
“Ko jerit nie kenapa? aku tengah tidur kan?” keluh Ella lagi.
“Ella wake up!!! Aku da dapat number Pacik!!!” kata Adura girang. Dia melompat-lompat seperti anak kecil yang mendapat gula-gula.
“Laaaa. tuh je? dapat nombor je sampai ko happy gaya gini?” kata Ella masih lagi menutup matanya.
Rasa mengantuk masih menguasainya. Dura hanya tersengih. Kebetulan dia tidur di rumah Adura ketika itu kerana menemaninya dirumah kebetulan keluarga Adura pulang ke kampung.
“Of course laaa. For almost 6 years kawan baru aku dapat nombor dia. Ya ALLAH. Tidur dalam senyum la aku nampaknya malam niehhh.”
Terlupa dia seketika akan masalahnya sebelum ini.
“Dah dah la tuh Duraa. Serious aku ngantok. Tidur la weyhh. Da nak pagi da niehh” kata Ella sambil berbaring dan menarik selimut ke paras dada sebelum menyambung lenanya yang terganggu tadi.
“Hihi. Sorry dong. Overexited jap. Haha” kata Dura lagi sambil bangun untuk menutup lampu biliknya. ‘Bed time’ kata Dura sambil membawa phone nya ke katil.
5.
“Ok girls. macam biasa. Kita masuk panggung pukul 3 lebih. Now nk makan or shopping dulu?” Tanya Ella. Mereka memutuskan untuk menonton cerita Repunzel yang merupakan antara cerita yang terhangat di panggung.
“makan dulu jom. Lapar laa. Pagi tadi aku makan roti je.” Cadang Apmea.
“ok je. Nak makan dekat mana?” Tanya Adura pula
“Alang-alang da nak pukul 12 ni kita tunggu McD je la. Sementara tuh kita masuk jalan dekat converse dulu la” cadang Ella
“ok je. Lagi pun 10 minit je lagi pukul 12.” Sahut Imtiaz.
Mereka melangkah ke kedai yang di maksudkan. Imtiaz bersama Adura membelek-belek di bahagian kasut manakala Ella dan Apmea ke bahagian yang mejunjukkan koleksi beg di kedai itu.
Tepat jam menunjukan mereka ke restauran McDonald seperti yang telah di persetujui. Imtiaz dan Adura membuat pembelian manakala Ella dan Apmea mencari tempat duduk.
“Ok dah sampai. Mea kau punya ayam. Dura kau punya double cheese sama dengan Ella. Aku punya Mc Chicken. Air semua sama. Sos korang ambil pulak” kata Im sambih mangagihkan makanan sebelum duduk.
“Mea kau pergi ambil sos pulak.” arah Adura.
Selepas menjamu selera mereka berjalan-jalan sambil berbual mesra. Kaki menghayun langkah tanpa tujuan. Kedengaran gelak ketawa 4 sahabat itu sesekali. Mereka seolah-olah kawan lama yang terpisah. Macam-macam nak cerita.
“Dura, MPH jap jom?aku da lama tak beli novel” ajak Imtiaz kepada Adura.
“Guys, MPH jap.” Kata Adura kepada kawan-kawannya.
Ella dan Apmea bersetuju. Mereka melangkah ke dalam kedai buku itu.
“Korang nak tahu tak kalau aku masuk MPH aku mesti ingat dekat Kak Long” kata Adura sambil kaki melangkah kea rah novel melayu di rak buku yang telah disediakan.
“Kenapa?” Tanya Im
“Kak Long selalu merungut kalau aku suruh dia bawak aku gi kedai buku. Hihi nanti macam-macam alasan dia bagi. Aku ni lambat la, buang duit la. Tapi ada 1 ayat tuh buat aku ingt sampai hari ni.”
“What is it?”
“Kak Long hari tuh dia membebel dekat aku cakap ‘kau nie Dura kalau da masuk kedai buku tuh boleh tak cepat-cepat sikit? kau buat apa dalam tuh sampai dekat sejam dalam tuh. Nanti kau da ada boyfriend Kak Long nak pesan dekat dia kalau nak ajak kau dating jangan gi kedai buku. Kesian dia kena tunggu lama.” kata Adura panjang sambil membuat gaya kakak sulungnya itu. Imtiaz yang sedang mendengar sudah tergelak-gelak. Adura pun tergelak sama.
“Shuhhhhhhhh!!”
Erkkkk..
“Sorry” kata Adura dan Imtiaz hampir serentak. Kemudian mereka berlalu ke tempat lain.
Selepas membuat pembayaran mereka keluar dari kedai itu. Ella dan Apmea bercadang untuk bersolat dahulu sebelum mereka masuk ke panggung. Kebetulan Imtiaz dan Adura sedang datang bulan berjanji untuk menunggu di tempat yang telah di janjikan. Mereka berpecah. Apmea dan Ella ke surau manakala Adura dan Imtiaz menuju ke escalator untuk menunju ke tingkat atas.
“Weyh, aku nak beli air laa” kata Imtiaz sewaktu mereka sampai ke tingkat 3 itu.
“Ok. Nak air apa?”
“Jom makan dessert sementara tunggu dorang?” ajak Imtiaz lagi
“Ok je. Kita dok dekat sana la” kata Adura sambil jari menunjukkan tempat yang di maksudkan.
Selepas mengambil tempat Imtiaz beralu untuk membuat belian.
6.
“Nurul Adura Adam. Pandang aku” pujuk Imtiaz.
Adura hanya menggiling. Buat masa ini dia hanya mampu menangis.
“Dura. Dah la tuh. Orang tengok la kau nangis macam nie. Da la tuh yea” pujuk Imtiaz lembut sambil menepuk lembut lengan Adura.
“Aku tak boleh la Im. Aku sedih sangat ni.” Ujar Adura tersekat-sekat.
Terimbau kembali di ruangan matanya apa yang terlah berlaku di food court sebentar tadi. Nasib baik mereka sudah siap makan. Kalau tak, tak tahu la apa jadi.
“Relax la Dura. Mana tahu tu adik dia ke. Cousin dia ke. Kita mana tahu” pujuk Ella lagi.
Adura mengangkat muka memandang Ella. Selepas lari dari food court tadi kaki nya membawanya ke tempat duduk yang berhadapan kedai sukan Redbok.
“Adik apanya kalau manja macam tuh? Pegang-pegang sebagai. Air pun kalau boleh nak kongsi. Aku nampak 1 air je atas meja tadi. Kalau Ilham, ada ke si Ilham bagi Irna pegang-pegang dia macam tuh? Mahu di hempuk nya Irna tuh duk dekat-dekat dengan dia” kata Adura panjang. Dia bagai melepas kan kemarahan dan kesedihanya kepada Imtiaz.
Imtiaz hanya berdiam diri. Sudah tidak tahu bagaimana hendak memujuk. Betul kata-kata Adura sebentar tadi. Ilham dan Irna adiknya ituh walaupun kembar namun perangai mereka berbeza.
“Aku rasa sakit sangat hati aku nie Im. Rasa macam dah retak seribu hati aku nieh. Yes. Aku tahu dia nak keluar hari ini tapi dia tak bagitahu pun nak pergi mana ngan siapa. Aku rasa macam kena tipu. Dia cakap nak keluar dengan kawan dia tapi aku tak tahu la boy ke girl. Sebab dia cakap secret. Kalau aku tahu nak jadi macam nie sumpah aku tak keluar.”
Kata Adura masih lagi menangis.
Kepalanya kembali di tundukkan. Mukanya yang putih itu nampak kemerahan akibat menagis. Selendang yang dipakainya sudah senget-senget. Imtiaz yang berdiri di sebelahnya hanya diam. Mungkin mamberikan Adura untuk meneruskan katanya. Dia tahu selama ini banyak yang sahabat nya itu pendamkan.
“kenapa nie Mok?” kata Ella sejurus mereka merapati Adura dan Imtiaz.
Adura masih lagi menagis. Dia terdengar Imtiaz menjelaskan kepada Ella dan Apmea mengenai apa yang telah berlaku tadi.
“Tak apalah Dura. Kau nangis je la kalau benda tuh boleh buat kau lega.” Terdengar kata Apmea memberi nasihat.
Adura mengangkat muka seketika sebelum kembali menundukan wajahnya.
“Korang, aku sedih sangat ni.” Kata Adura dalam sendunya.
“Sayang betul eh kau Dura dekat Pacik kau tuh. Baru tengok macam tuh da nangis cam nieh” ujar Ella.
“Mau tak sayang. Aku suka dekat dia for almost 5 years. Da almost 5 tahun aku pendam pendam perasaan aku ni. Allah je tahu macam mana aku sayang dia. Aku sayang dia korang. Aku bersabar je. Aku tak confess. Sebab aku tak nak ruin our friendship and aku yakin kalau aku bersabar he’ll be mine someday. Aku sabar je tahu sebab aku ingat pas aku habis dip nie aku nak bagitahu dia tapi sekarang dah jadi macam nie. Aku nak wat macam mana. Aku sedih la korang. Luruh hati aku aku rasa” kata Adura masih lagi menangis.
Dia terasa kawanya itu menghulurkan tisu kepadanya. Dia mengambil sambil mengelap air matanya. Selepas menarik nafas panjang, Adura cuba bertenang sebelum berkata lagi “Hikhik apalah aku ni kan menagis macam orang bodoh je. Aku beria je menangis dekat sini. Dia dekat sana ngah happy happy. Aku je over nagis. Padahal bukan ada papa pun ngan dia” kata Adura. Terasa sebentar dirinya seperti orang bodoh menangis over a boy yang tak lansung tahu akan perasaanya itu.
Dia mengangkat mukanya sambil menadang ke hadapan. Bagai terbayang di ruangan matanya saat-saat dimana dia bahagia di dunia nya. Dengan senyuman hambar di bibirnya Adura berkata lagi.
“Mungkin Allah dengar doa aku selama ini. Allah nak tunjukkan dekat aku la tuh that he’s not the one for me. Tak apa laa. Aku redha. Bak kata Mea ‘bercinta bukan maksud memiliki’. I should let him go. Let he choose his own happiness. Aku harap he’ll live a happy life. Aku just boleh tolong doakan dari jauh je. Betul kan korrr…” mata Adura bulat memandang makhluk di sebelahnya itu “…rang?”
“Erkkk??”
Adura barasa amat terkejut apabila mendapati orang yang duduk di sebelahnya ini di sangkakan kawan-kawannya rupa-rupanya… Syarill Fallah.
Tenganga dia kejap. Apabila sedar dia cepat-cepat berpaling untuk mencari kawan-kawanya.
‘Sampai hati korang’. Bisik hatinya. ‘kalau dia duduk sini dari tadi means dia da dengar la apa aku cakap?’ bisik hatinya cuak. Rahsia yang kemas di simpan akhirnya bocor juga. Adura nampak kawan-kawan nya sedang berdiri memandang ke arahnya dari dalam kedai sukan itu. ‘terbaik la korang’ bisik hatinya lagi. Hilang sudah sendunya seketika.
Terasa berbahang mukanya menahan malu. Perasaan malunya terhadap Pacik nya itu bertimpa-timpa. Tanpa menunggu lebih lama lagi dia sudah berdiri untuk mendapatkan kawan-kawanya. Tanpa memandang muka lelaki di sebelahnya itu Adura terus bangun. Namun belum sempat dia membuka langkah, dia terasa lengan nya di pegang kejab. Nasib baik dia memakai baju lengan panjang.
“Duduk kejap please.” Lembut suara Syarill. Lengan Adura dilepaskan.
Adura bagai terpaku seketika. ‘he what? He pegang my lengan?’ Adura masih lagi berperang dengan dirinya sendiri. Namun akhirnya dia mengalah juga.
“Sorry. Pacik tak tahu pulak sampai Dura nangis cam nieh” Lembut tutur kata Syarill memujuk. Adura masih lagi tidak berkata apa-apa. Dia mengambil kata putus untuk berdiam diri dan mendengar.
“Sorry. Pacik tak sangka pulak yang selama ni Dura ada perasaan dekat Pacik. Memang kadang-kadang Pacik ada notice cara Dura tapi Pacik buat tak tahu ajalah kot-kot pacik yang perasan sendiri lagipun Dura sendiri tak cakap apa-apa” jelas Syarill. Adura masih lagi berdiam.
“I am so sorry kalau buat Dura sedih. Tadi tuh Suria Hanni. Adik Pacik.”
“It’s ok. I’ll be fine. No need to say anything. Pacik anggap je la apa yang Pacik dengar tu macam Dura merepek je. No need to pity me. Sorry got to go. Dah lama da kawan-kawan Dura tunggu tuh. Wayang da nak start nie” kata Adura sambil bangun.
Dia menunjukkan muka cerianya. Dia tidak mahu Syarill berasa bersalah. Baru sahaja Adura hendah melangkah dia terdengar Syarill berkata
“Terima kasih sebab sayang Pacik”
Adura hanya mengguk dan berlalu ke arah kawan-kawanya itu.
7.
Syarill Fallah
Sudah hampir 3 bulan perkara itu berlalau. Sejak hari itu Adura sepi tanpa khabar. Bukan dia tidak menyedari perubahan Adura. Sangat perasan. Dia terasa sangat dengan perubahan itu. Tiada lagi orang yang rajin menconteng wall Facebooknya, tiada lagi ayat lawak a.k.a lurus Dura. Tiada lagi orang yang rajin ’like’ statusnya. Dan yang paling dia terasa ialah tiada lagi ‘good night message’ dari Adura. Memula dia tidak la terasa sangat namun apabila roomatenya Adhar selalu bertanya perihal Iphone nya yang kini dia menyepi. Tiada lagi bunyi message masuk. Sejak itu dia mula perasan akan perubahan itu. Apabila dia online Yahoo Messenger, Dura akan cepat-cepat offline. Apabila dia cuba untuk IM Dura di Facebook Dura akan cepat-cepat logout.
Peristiwa di food court kembali menerjah ke fikiranya. Dia tidak tahu macam mana perkara itu boleh berlaku. Yang pasti dia terkejut memandang Adura dan Imtiaz di tempat itu. Muka Adura tampak keruh melihat aksi manja Suria bersamanya. Tidak di nafikan adiknya itu sememangnya seorang yang manja. Yang membuatkan dia lagi terkejut apabila Adura bangun meninggalkan tempatnya itu dengan air mata beranak sungai di matanya. Dia automaticly dia bangun dan mengejar Adura. Dan yang membutkan dia lagi terperanjat apabila mendengar luahan hati gadis itu. Sesungguhnya dia tidak menyangka bahawa selama ini Adura ada menyimpan perasaan terhadapnya. Dan dia pula? Entah. Dia sendiri tidak yakin dengan perasaan dia ketika ini.
Pernah dia cuba untuk telefon Adura tapi hampa. Voice Mail yang menyambut panggilannya. Message pula dia takut untuk menghantar. Lagipun apa yang hendak diperkatakan dalam mesej tersebut. Dia bingung sendiri.
Dia melihat calendar di hadapan meja studynya itu. Lagi seminggu.
Datang satu idea dibenaknya. Sketch book disimpan dan computer ribanya di buka.
‘yes! She’s online’
Syarill sudah mula menyusun strategi sendiri.
8.
Nurul Adura
Bagi Adura sendiri kejadian 3 bulan lepas hendak di padam dari ingatannya. Bagi nya kejadian itu amat memalukan dan jatuh ego nya yang selama ini tinggi menggunung di hadapan Syarill. Habis semua rahsia hatinya diketahui Syarill.
Dalam malu ada leganya. At least Pacik itu tahu akan perasaannya selama ini. Tak la teruk sangat. Tapi malu tetap malu. Dia tidak tahu macam mana hendak berhadapan dengan Syarill lagi selepas ini. Bukan sengaja dia menyepikan diri dari Syarill selama ini tapi malunya masih menebal.
Dia takut akan jawapan yang akan di berikan Syarill. Dia takut sangat Syarill menyuruhnya melukannya. Sesuatu yang tidak sanggup dilakukan.
Kadang-kadang, apabila Syarill ‘buzz’ nya di YM nak je dia balas namun dia takut. Begitu juga di Facebook. Sengaja dia membiarkan Samsung Corby Pro nya itu dalam mood ‘silence’ kerana dia takut dia terangkat atau tangannya gatal membalas message Paciknya itu
Kadang-kadang dia menangis seorang-sorang kerana menahan diri dari menconteng wall lelaki itu, membalas SMS dan dia tak mampu untuk mendengar handphone nya menjerit meminta diangkat kalau panggilah itu datang dari Syarill Fallah. Sudah berapa banyak message di dalam ‘outbox’ phone nya itu pun dia tak ambil kira. Setiap malam dia menaip ‘good night message’ namun tidak 1 pun dihantar.
Bukan tak kesian. Kesian, sedih sangat apabila dia terpaksa membuat begitu. Bukan tak sayang, sayang. Tapi nak buat macam mana lagi. Dia tak mahu Syarill menerimanya kerana kesihan atau terpaksa. Lagipun dia tidak memerlukan kasihan Paciknya itu kerana kasihan dari kawannya itu sendiri sudah banyak.
‘its ok Dura. Ajaja fighting! Kalau dia orang lain boleh kenapa kau tak boleh? Chayok Duraa!!’ kata-kata semangat yang sering membuatkan dia bersemangat.
9.
“Kawan-kawan jangan lupa tau outing ke kalau korang balik this week bawak balik hadiah” pesan Adura mengingatkan.
“Ada apa ye next week?” tanya Apmea. Sengaja menguji.
“Bawak je laa. Bithday budak comel tuhh” jawab Adura bersemangat
“Comel ke?” sambut Ella
Yang lain semua sudah tergelak. Imtiaz, Apmea dan Ella sengaja membuat-but lupa akan hari tersebut. Mana taknya. Setiap kali nampak kedai hadiah Adura mengingatkannya. Ini tengah jalan ke pasar malam pun masih di ingatkan lagi.
“Lagi sekali kau cakap Dura memang tak ada hadiah untukmu” ugut Imtiaz
“Oittt. Kekejaman terhadap budak comel tuhhh namanya. Jangan lahhh. Dari korang je aku boleh mintak hadiah tau” kata Adura sambil membuat muka comel. Erkk… HAHAHA
“Kau ingat kau buat muka bajet comel tuh kitorang nak belikan kau hiadiah la? Dream on miss Adura” sakat Ella
Sedang mereka berjalan melihat gerai yang ada mereka bercerita mengenai project yang sedang menanti. Pelbagai idea terkeluar untuk membuat perancangan. Kalau dah budak akaun tuh akaun la jugak. Dari modal sampailah ke pilihan menu dibincangkan.
Seterlah membeli juadah untuk makan malam, mereka berbincang mengenai projek tersebut.
Tiba-tiba Ella menyampuk.
“Mok. Da ready ke nak kena simbah ngan air busuk?”
“Not again. Tak nak ah aku. Busuk gilerr kowt air last year. 3 hari basuh rambut baru hilang bau. Eeee!!” sambut Adura. Masih terbayang lagi bau air yang di simbang budak wing dia tahun lalu. Ya-ALLAH. Sumpah busuk.
“Dah tuh cam ne? aku dengar cerita budak-budak tuh da sediakan soya basi khas untuk kau” tambah Imtiaz
“Betul kata Im. Aku dengar meggi basi pun dorang campur sekali kali ini” kata Apmea
“Seriously?”tanya Adura meminta kepastian
“Seriously no joke” kata mereka serentak.
“Weyhh. Aku tak nak la kena lagi this year. Biar laa. Aku tidur bilik Ecah. Haaa. Bijak-bijak” kata Adura memuji tindakan yang bakal di ambil nanti.
“Kau ingat dorang tak komplot sekali ke nak kena kan kau nieh?” gertak Ella lagi
“Da tuh?”
“Since birthaday kau sama dengan birthday adik saudara aku, apa kata kau celebrate sekali
birthday kau dengan dia? Mak Lang aku buat party untuk dia. Kau just datang bawak diri je. Nak tak?” ajak Imtiaz
“Rumah mak lang kau tuh dekat mana?” Tanya Apmea
“Melaka je. Lagipun abang saudara aku dah habis diploma dah. So transport kira macam tak ada masalah lah. Nak?” kata Imtiaz lagi
“Jum la Dura. This sem kita tak pergi melawat Melaka lagi. Alah, Segamat-Melaka bukan jauh pun” pujuk Ella pula
“Aku ok je tapi macam biasa laa. Aku kena call Umi dengan Ayah aku dulu mintak izin..”
Tidak sempat Adura menghabiskan ayatnya itu Imtiaz memotong
“Dah. Aku dah call Umi kau semalam. Ayah kau balik kan this week? Umi bagi. Ayah kau nanti Umi bagitahu”
“Wahhh korang. Advance betul eh? Da siap semuanya baru bagitahu aku. Mantap babe!” kata Adura sambil mengankat ibu jarinya. ‘serious korang hebat’ katanya dalam hati. Bukan Uminya tak kenal mereka, sudah banyak kali mereka tidur di rumahnya. Adik beradik nya sumua sudah mengenali mereka.
Petang itu mereka berbincang akan perancanan mereka di Melaka nanti. Pelbagai perancangan sudah di atur. Tunggu masa sahaja.
10.
“Terima kasih mak cik sebab jemput kami sekali sambut birthday Alia ni.” Kata Adura sopan.
“Tak ada susahnya. Hari jadi kamu juga. Buat sekali kan senang. Kamu semua ni dah makan ke belum?” Tanya Mak Lang Imtiaz sambil menambah air ke dalam bekas air. Nak tolong tidak diberinya.
“Jap lagi Mak Lang. Kawan-kawan Im nak jumpa Alia kejap. Dari petang tadi tak jumpa lagi.” Sambut Imtiaz.
“Ya lah. Makan la banyak-banyak ya kamu semua. Penat Mak Lang masak.”
Jangan bimbang Mak Lang. Selagi Ella ada dekat sini makanan sure habis” sampuk Apmea.
Ella sudah membesarkan matanya yang sepet itu. Maklumlah anak kacukan Cina di sebelah ibunya.
“Haah Mak Lang. Ella dengan Mea ada. Sure habis punya Mea makan.” Balas Ella tak nak kalah. Mak Lang hanya tersenyum.
Belum sempat Apmea hendak membuka mulut tiba-tiba bunya hon di luar rumah mendapat perhatian.
“Itu mesti Abang Adhar. Eh korang pergi la makan dulu. Aku nak pergi dekat abang saudara aku kejap. Dura, birthday kau jugak. Kau makan je.” Pesan Imtiaz sebelum hilang di balik pagar rumah. Yang lain menagguk sebelum ke tempat makan. Majlis hari jadi ini berlansung selepas Isya’ tadi. BBQ menjadi pilihan makanan pada malam ini.
Sedang mereka sedang enak menjamu selera, tiba –tiba Adura terasa bahunya di cuit dari belakang. Dia berpaling dan melihat Imtiaz sedang tersenyum memandang mereka. Imtiaz membisikan sesuatu di telinga Ella.
“ehem ehem”
Meraka seraya berdiri. Statik. Terkejut Adura bukan kepalang lagi. Makhluak Allah yang berdiri di sebelah kanan abang saudara Imtiaz memang mengejutkannya. Namun cepat-cepat dia mengawal diri.
“Ok guys, ini Mumammad Adhar a.k.a Along, sebelah kiri dia tuh Muizzuddin and yang belah kanan pula Syarill Fallah. Along, yang pakai tudung hitam ni Apmea, yang macam Cina tapi pakai selendang tuh Adura a.k.a birthday girl and yang free hair tuh Ella. Kawan Im” kata Imtiaz riang. Masing-masing di situ hanya mengukir senyum sambil mengguk tanda perkenalan.
“Owhh nie la Adura tuh. Happy Bithday.” Kata Adhar. Sambil tersenyum.
Adura mengguk seraya tersenyum. “Terima kasih erkk…?”
“Along. Panggil je Along sama macam Im” sambut Adhar.
“Erkk..ok. terima kasih Along” jawab Adura sambil tersenyum. Maka sure merah- segan.
Adura juga menerima ucapan selamat dari kawan-kawan Along juga selepas itu. Sebelum mereka mereka meminta izin untuk masuk semula ke dalam rumah.
“Woit Im. Kau tahu ke dia nak datang?” Tanya Adura pantas selepas kelibat abang saudara Imtiaz dan kawan-kawannya hilang dari pandangan.
Imtiaz hanya tersenyum. “Relax la Dura. Dia datang on behalf adik kawan dia punya birthday party. No harm laa. I promise you. Nothing bad gonna happen”kata Imtiaz sambil menepuk perlahan bahu kawanya.
“Relax la Dura. Aku tengok dia lepak je tadi. Kau lepak sudah” kata Apmea pula. Ella di belakang hanya mengguk.
Kedengaran suara Alia memanggil semua tetamu ke dalam rumah.
“Jom masuk” ajak Imtiaz
Apmea dan Ella sudah mula bergerak menuju ke dalam rumah semi-D itu
“Tak apa ke ni Im? aku takut la. Segan pun ada jugak” Adura menyuarakan kebimbangannya.
“Relax la. Tak ada apa-apanya. May be korang boleh buka buku baru ke? Who knows ” kata Imtiaz sambil tersenyum.
“I wish. Haha.” Jawab Adura senang
“dah laa. Jum masuk” mereka bergerak ke dalam rumah tersebut.
Para hadirin yang hadir memberikan tepukan yang gemuruh kepada Along apabila dia selesai memnyanyikan lagu ‘Hero’ dengar gitar kapoknya. Hebat la jugak. *ayat ambil hati ke?* haha
“Ok. Sekarang saya menjemput kawan saya Syarill untuk persembahan” gitar kini bertukar tangan. Syarill mengambil tempat yang diduduki Along sebentar tadi.
“Terimalah lagu Teman yang di popular kan oleh Lovehunters”
Bunyi petikan gitar kedengaran. Adura memberikan sepenuh perhatiannya kepada si pemain gitar tersebut. ‘lagu nie. Lagu favourite aku. Mungkin kebetulan’ bisik hati kecilnya.
Sejak mula pertemuan itu
Hati melonjak terkenangkanmu
Tiap detik ku mengharapkan
Panggilan rindumu sayang
Apa kau rasa yang ku rasakan
Mungkin ini satu permulaan
Biarlah mawar terus bersemi
Mekar harum mewangi
Takku menduga…..
Cinta yang ku cari selama ini
Dikaburi wajah-wajah yang tiada
Ertinya sayang…..
Hadir di sisi
Tanpa harap belas dan perhatian
Namun kau pasti hadir di situ
Saat ku perlukan….
Jangan hirau cerca dan hinaan
Kita teman yang tak sehaluan
bukti kasih dan keikhlasan
Mengikat hatimu hatiku
Hadir di sisi
Tanpa harap belas dan perhatian
Namun kau pasti hadir di situ
Saat ku perlukan….
Kau teman……
“Dura sihat?”
“Alhamdulillah sihat lagi. Pacik?”
“ Pacik pun sihat jugak. Dah lama Dura tak on Facebook. Busy ke?”
“Biasa je” jawab Adura menunduk. ‘He notice me’ monolongnya sendirian.
“Pacik tengok Dura dah jarang online sekarang”
“Biasa je laa. Nak online pun bukan ada apa-apa pun.” Jawab Adura selamber.
Kakinya terus melangkah menjauhi rumah teres dua tingkat itu. Syarill yang beria mengajak dia mengambil angin tadi apabila dia selesai membuat persembahan.
Syarill hanya mengangguk. Adura sendiri tidak pasti dengan maksud anggukan itu.
“Sedap Pacik nyanyi tadi. Dura tak tahu pulak Pacik pandai main guitar” puji Adura ikhlas.
Sebentuk senyuman terukir dibibir lelaki itu.
“Sedap eh? hentam je tuh main gitar. Dura suka ke?” Tanya Syarill meminta kepastian.
Adura hanya mengangguk dan menghadiahi Syarill sebuah senyuman.
“Bagus la Dura suka. Pacik ada benda nak bagi tahu Dura nieh”
Adura menaggkat kening nye sebelah.
“Apa dia?”
“Dura sayang Pacik lagi ke?” Tanya Syarill perlahan namun jelas kedengaran digendang telinga Adura.
‘gluppp. Dia bukak cerita lama’ kata Adura di dalam hati. Soalan Syarill dibiarkan sepi.
“Pacik tanya nieh..”
“Perlu ke jawab kalau Pacik da tahu jawapan dia?” Tanya Adura marah.
Dia terus berlalu semula ke rumah teres itu tanpa mempedulikan Syarill yang ditinggalkan dibelakang. ‘Gila tanya direct je. Tak segan ke? Tak paham-paham lagi ke mamat nieh. Sedih aku.’ Monolong Adura sambal kakinya melanghkah.
“Tunggu sekejap Dura. Adura! Nurul Adura Adam!” jerit Syarill kuat
Adura memberhentikan langkah dan berpaling
“Haah. Memang. Memang tak cukup kuat lagi tuh. Row belah sana tak dengar lagi tuh” balas Adura sakastik. Matanya yang sepet itu cuba dibuka seluas mungkin.
Syarill terasa hendak ketawa dengan telatah dan kata-kata Adura itu
“Kalau mata tuh da kecil tak kan besarnya laaa Dura pakai spec pun tak kan besarnya.” Katanya sambil menghayun kaki kea rah Adura. ‘comel pulak budak nieh aku tengok’
“Next week Pacik fly UK dapat tawaran sambung sana. 3+2 years. Degree + Masters sekali” sambung Syarill lagi.
Adura yang mendengar seakan tidak percaya. Perkara yang menakutkan baginya bakal berlaku. ‘he what?’ ‘he did Dura. Every sem DL takkan tak dapat mana-mana offer’ monolognya sendirian. Kepala yang sedari tadi menunduk di angkat. Hatinya tiba-tiba terasa sebak.
“Congratulation. Bila fly?” wajah Syarill tidak lansung dipandang. ‘oh mata. Janganlah buat drama dekat sini’ monolongnya lagi.
Syarill pelik melihat telatah Adura. Mukanya merah seperti orang yang sedang menahan tangis. Soalan Adura bagaikan angin lalu baginya.
Baru dia hendak membuka mulut menjawab soalan Adura, wanita itu sudah terduduk menangis.
‘Dura, you should be pround of him. Dia nak fly tuh’ hanya esakan kedengaran ‘dok dekat pun susah nak jumpa nie nanti dia nak fly. Makin jauh’ apabila memikirkan segala possibility yang bakal dilalui membuatkan air mata Adura semakin deras mengalir.
“Nanti Pacik gi sana mesti Pacik lupa Dura” katanya sambil teresak
“Tak. Pacik tak lupa Dura” jawab Syarill
“Nanti Pacik busy Pacik tak layan Dura”
“I’ll try not to be busy”
“Nanti Pacik ada makwe dekat sana Pacik lupa Dura”
Syarill hanya membisu. Perkara yang tidak pasti. Dia pun tidak pasti untuk menjawabnya. Dia takut hendak berjanji, takut tak mampu tunaikannya kemudian hari.
‘dia diam..?’ monolog Adura
“Pacik da ada girlfriend ke? Dia pergi sekali ke?” Tanya Adura
“ehh. Takde laaa. Mana Pacik ada girlfriend. Kan Pacik da bagi tahu. No girlfriend time study” kata Syarill bersungguh.
Adura mengangguk. Lega dengan jawapan yang didengarinya tadi. Air matanya sudah bole dikawal. Dia bangun kembali. Segan kejap terasa nak pandang ‘pak cik’nya itu.
“Pacik nanti take care la dekat negara orang tuh. Makan je jangan nak diet sangat. Tak cukup kurus lagi ke. Jangan lupa DIA. Sembahyang jangan lupa. Tak nak sakit tau. May be Dura tak pergi hantar Pacik dekat KLIA nanti” pesan Adura apabila dia terasa dirinya sedikit tenang dari tadi. Sapu tangan yang di hulur Syarill diambil sambil mengelap matanya.
“Thanks”
Syarill yang sedari diam hanya mengangguk. Tapi ayat yang terakhir Adura membuatkanya sedikit tersenta.
“kenapa pulak tak nak datang?”
Adura hanya menggelengkan kepala.
“Please Dura datang. Tak kisah la Dura nak nanges sampai banjir KLIA tuh ke datang je la eh? Please datang” kata Syarill mumujuk
Adura dah buat muka pelik. “Tak nak laa. Bukan penting....”
“Penting! Please datang?” potong Syarill sebelum sempat Adura sempat menghabiskan ayatnya.
“erkk.. tak berani jamin. Kalau Umi lepas boleh la. Tapi InsyaALLAH I’ll be there. When?”
Syarill menjawab soalan Adura siap suruh buat reminder lagi. Adura dah pelik sendiri.
“Duraa!!” terdengar jeritan Apmea apabila dia sedang sibuk menyimpan maklumat penerbangan Syarill.
“Jom la sambung makan. Kek dah keluar” sambungnya lagi apabila melambaikan tangannya memanggil kawannya itu masuk. Adura hanya mengangguk.
“Done. Jom masuk. Dura tak habis makan lagi” kata Adura sambil kaki melangkah semula ke rumah semi-D dua tingkat itu meninggalkan Syarill dibelakang.
“Weyh kau masuk dulu. Aku nak park kereta” begitahu Ella apabila merekatiba di KLIA.
“Mok, patut ke aku pergi eh? Aku bukan kenal sesiapa pun dekat sana” soal Adura bimbang.
“Weyh. Kita da sampai laa. Trun je laa. Belakang banyak kereta doe”
“ok. Aku tunggu kau dekat ‘departure’ taw” kata Adura sambil membuka pintu kereta MyVi Ella.
Matanya dibuku seluasnya untuk mencari kelibat Syarill. Setibanya di bahagian ‘pelepasan’ dia cuba membesarkan lagi matanya yang sepet itu untukmencari.
“there he is” sebelum kakinya melangkah “erkkk. Nak pergi ke tak nak nieh? Aku mana kenal siapa-siapa dekat situ, Pacik cam busy je. Nanti aku nak cakap dengan siapa?” tanpa sedar mulutnya meluahkan. She is talking to herself.
“Cakap dengan saya pun boleh. Can you please excuse me my dear. You are blocking my way” tiba-tiba satu suara muncul dari belakang. Terpana dia seketika.
“Sorry sorry” cepat cepat dia mengalihkan kedudukannya ke tepi untuk member laluan kepada pemuda tersebut. Dalam hendak ke tepi memberi lalauan kepada pemuda tersebut Adura telah terlanggar baldi berisi air kotor yang digunakan oleh mak cik cleaner di situ untuk mengemop lantai tidak jauh dari tempatnya berdiri. Seluar dan kasutnya basah dek tumpahan itu.
“Allah!! Apa dah aku buat nieh????”
Mak cik cleaner itu semakin menghampiri Adura. ‘mati la aku’ bisiknya di dalam hati.
“Awak ok ke?” Tanya suara di belakangnya.
Terlupa kejap Adura dengan pemuda tersebut.
“erkkk.. ok ok”
“Mok! Kau mandi ke?” terdengar suara Ella. Adura hanya memandang. Mukanya keruh sahaja di pandangan Ella.
“Mak cik sorry. Tak sengaja” kata Adura sambil membetulkan semula kedudukan baldi tersebut.
“Tak apa la nak. Salah mak cik jugak letak dekat situ” kata mak cik tersebut sambil tangannya pantas membersihkan air yang tumpah tadi.
“Maaf yea makcik” kata Adura dan Ella hampir serentak.
Adura dan Ella kemudiannya berlalu. Tangan Ella di tarik ke tempat yang lebih tersorok.
Ella membuat buka blurr nya sambil memandang Adura. Adura hanya menggeleng.
“Tak nak la mok. Aku tak kenal sesiapa pun dekat situ”
“Pacik kau ada kan?”
Tak sempat Adura hendak membuka mulut
“Kenapa duduk dekat sini?” Syarill bertanya. Dia lihat tadi apa yang telah terjadi. Seluar dak kasut Adura nampak basah
Belum sempat Adura membuka mulut untuk menjawab terdengar pengumuman kepada semua pemgang tiket MAS ke London untuk masuk ke dalam.
Syarill memandang Adura sekilas kemudian membuka langkah kea rah keluarganya.
Adura bagaikan tersentak dengan tindakan Syarill terduduk.
‘pergi cam tuh je?’ soalnya di dalam hati. Kepalanya di tundukan. Sehingga terasa bagai ada tangan yang mencuit bahunya.
Kepala diangkat kemudian dengan pantasnya dia bangun.
“Pacik da nak pergi nieh” ujar Syarill perlahan.
Adura hanya mengangguk “Ok. Pacik take care aw. Dura tak ada apa-apa nak bagi. Sapu tangan nie je yang sempat Dura buat” kata Adura perlahan. Air mata yang di tahan sedari tadi pecah juga.
Syarill menyambut huluran tersebut. Sapu tangan berwarna biru laut itu disulamkan nama “Add” di bawahnya di masukkan ke dalam poket. Ella di belakangnya mengusap lembut bahu kawannya itu.
“Dah la Dura. Orang tengok laa” bisik Ella perlahan.
“Dude! Dia da bagi second announcement da tuh” ujar kawannya yang datang berhampiran mereka.
“Jap. Dura, Pacik da nak masuk nieh. You take a good care of yourself. 5 tahun tak lama” kata Syarill.
“ Will you wait for me?”
Adura bagaikan terkejut dengan pertanyaan Syarill sebentar tadi. Kepalanya diangkat memandang Syarill. ‘boleh pegang ke janji lelaki ini’
“Will you? Please answer me fast. Pacik da nak masuk nieh” gesa Syarill. Bimbang terbit di dalam hati andai wanita di hadapannya ini enggan menunggunya.
Perlahan-lahan kepala Adura mengguk.
Syarill tersenyum. Adura sendiri kurang arif dengan maksud senyuman lelaki itu.
“Owkeyh. See you in 5 years. Take care” ujar Syarill sebelum meninggalkan mereka di situ. Adura hanya mengguk sambil memandang lelaki itu hingga hilang dari pandangannya.
“Kau nak tunggu ke Dura..?” tanya Ella yang sedari tadi membisu. Adura masih diam membisu.
*will she wait for him or will she not? Time change so do people right?
3rd may 2011
3.23am
**hak cipta terpelihara. Hak Ciptaan 21Adamt

2 comments:

farah said...

sgt sweet la cite ni :)

21adaaa said...

thanks. cerita nie adaptasi dari cerita sebenar.